Breaking News

FAKTA MENARIK

Fakta Menarik

Video

Berita Semasa

Sports

KATA KATA HIKMAH | Part 1


  • “Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup untuk mendapatkannya.” -Albert Einstein

  • Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. -Joseph Conrad

  • Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya. -John Petitsenn

  • Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu..-Whittier

  • Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. -Saidina Ali

  • Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri. -Said Mustafa

  • Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. -Charles Cahier
sumber
Read more ...

FAKTA MENARIK | Lucu Tapi Benar - Betul ke!!!


1. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo). 

3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih
    banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh
    dibebaska dari senjata nuklear yang terdapat di bumi. 


4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah
    daripada takut mati. 


5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh 
    melompat. 


6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga
    116  tahun atau lebih. 


7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak
    boleh menuruni tangga. 


8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki. 


9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda 
    menjilat siku sendiri. 


10.
Rama-rama merasa makanannya dengan kaki. 


11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi
      tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti
      sewaktu hidup. 


12. Semua beruang kutub adalah kidal. 


13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya. 


14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh  
      dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan
      yang sama pada papan kekunci. 




sumber
Read more ...

Video Menarik | Sinopsis Filem Mamak Cupcake




Trailer FilemMamak Cupcake

Sinopsis: Pada ulang tahun kelahirannya yang ke-21, Mohamad Jamaludin atau MJ (Shaheizy Sam) diberi kepercayaan oleh bapanya untuk mewarisi empayar restoran mamak keluarga mereka. Ini bermaksud MJ harus memilih antara merealisasikan impian keluarganya atau impiannya sendiri untuk membuka perniagaan cupcake.

 Movie : Mamak Cupcake (Malay) Release : 28 August 2014

Main Cast : Shaheizy Sam, Siti Saleha, Faizal Ismail (FBI), Azad Jasmin, Maria Farida, Natasha Hudson

Special Appearance: Adibah Noor, Dato Haji Hasbullah Awang, AG HotFM, Acappan.
Director : MJ Woo (KL Zombi)

Producer : Grand Brilliance Genre

Komedi Rating : PG 13
Read more ...

Video Menarik | Iklan Merdeka and Malaysia Day 2014 by PETRONAS


Tajuk : Merdeka and Malaysia Day 2014 - "A Walk Through Time"
Read more ...

FAKTA MENARIK | Fakta Tentang Mata Manusia


  • Mata manusia boleh mengesan 10 juta warna warna, tetapi ia tidak dapat melihat cahaya ultraungu atau inframerah. Serangga boleh melihat cahaya ultraungu.
  • Mata anda berkelip sehingga lebih 27 397 kali dalam satu hari.
  • Biji mata manusia mempunyai berat kira-kira 28 gram.
  • Dalam keadaan yang sesuai, mata manusia boleh melihat cahaya lilin pada jarak 14 batu.
  • Mata manusia boleh membezakan 500 warna kelabu.
  • Mata anda boleh memproses 36,000 bit maklumat setiap jam.
  • Berkelip dapat membantu untuk membersihkan bola mata. Ia memastikan bola mata kita bersih dan lembab. Selain itu, jika sesuatu objek semakin hampir mengenai mata kita, mata akan berkelip secara automatik.
  • Badan kita mempunyai beberapa perlindungan semula jadi bagi mata kita. Bulu mata membantu untuk menjaga kotoran keluar dari mata kita. Kening dibuat untuk menjaga peluh daripada menitik ke dalam mata kita.
  • Kajian tentang iris mata dipanggil iridology.
  • Kornea ikan yu telah digunakan dalam pembedahan mata, kerana kornea berkenaan adalah serupa dengan kornea manusia.
  • Penyebab buta nombor 1 di Amerika Syarikat adalah kencing manis. Manakala menurut kajian yang dilakukan oleh WHO penyebab utama buta di dunia adalah disebabkan oleh katarak (47.8%), glaukoma (12.3%), dan lain-lain lagi.
  • Biji mata manusia mempunyai berat kira-kira 28 gram bersamaan 1 ounce.
  • Mata manusia boleh membezakan 500 warna kelabu.
  • Kornea adalah satu-satunya tisu hidup dalam tubuh manusia yang tidak mempunyai sebarang saluran darah.
  • ‘Conjunctiva’ adalah membran yang menyelaputi mata manusia.
  • Suatu ketika dahulu pelaut percaya bahawa memakai anting-anting emas dapat meningkatkan daya penglihatan mereka.
  • Satu kajian yang telah diterbitkan oleh British Journal of Ophthalmology pada tahun 2003 telah menunjukkan bahawa pemakaian tali leher yang terlalu ketat boleh meningkatkan risiko glaukoma di kalangan lelaki.
  • Manusia biasanya membaca 25% lebih perlahan di skrin komputer berbanding kertas.
  • Lelaki dapat membaca cetakan yang lebih halus berbanding wanita.
  • Semua bayi adalah buta warna apabila dilahirkan.
  • Mata bayi tidak dapat mengeluarkan air mata sehingga mereka berusia enam hingga lapan minggu.
  • Kecederaan mata akibat dariapda alat solek biasanya berpunca daripada ‘mascara wand’ (benda yang macam berus buat sapu maskara tu). Jadi berhati-hati la gadis-gadis sekalian ye icon smile 20++ Fakta Menarik Tentang Mata Manusia
  • Sesetengah orang akan mula bersin jika mereka terdedah pada cahaya Matahari atau jika cahaya disuluh ke arah mata mereka.
  • Ia adalah mustahil untuk bersin dalam keadaan mata yang terbuka.
  • Ruang antara kening dipanggil Glabella
sumber
Read more ...

FAKTA MENARIK | Fakta Tentang Bayi Baru Lahir


  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
  • Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
  • Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  • Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  • Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  • Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.
  • Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
  • Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  • Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  • Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  • Mendengarkan musik klasikal menambah kepintaran bayi.
  • Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  • Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
sumber internet
Read more ...

FAKTA MENARIK | Senyum Oh Senyum

1. Manusia senyum sejak didalam rahim ibu.
Ini  terbukti dalam  gambar USG 3D.
Banyak gamba janin yang tersenyum ketika masih di dalam kandungan.

2. Bayi biasanya tersenyum tanpa sebab,
terutama ketika tidur.Ketika memasuki usia 3 bulan,
dia akan tersenyum sebagai reaksi pada orang di sekitarnya.


3. kanak-kanak tersenyum lebih kerap berbanding  orang dewasa.
Anak yang bahagia dan ceria akan tersenyum 400 kali dalam sehari.
Sedangkan orang dewasa hanya tersenyum 20 kali dalam sehari,
malah ada yang tersenyum 5 kali dalam sehari.

4. Baru pertama kali bertemu?senyuman akan membuatkan
anda seperti sudah lama mengenali orang yang pertama kali anda jumpa.

5. Senyum dapat membuat Anda lebih sihat,
kerana senyuman boleh  menurunkan hormon
stres dan menjaga kestabilan tekanan darah.

6. kerap tersenyum akan membuat Anda awet muda
dan panjang umur, sudah dibuktikan dalam banyak kajian.

7. nak  tahu perkahwinan seseorang bahagia atau tidak?
Lihat bagaimana senyuman mereka ketika mengambil gambar bersama.
Semakin mereka bahagia, semakin mirip senyuman  mereka.

8. Wanita lebih sering tersenyum berbanding lelaki.

9. Senyum seseorang boleh dilihat dari jarak 100 meter,
kerana senyuman  adalah ekspresi manusia yang mudah
dilihat berbanding ekspresi lain.


10. Seseorang sukar untuk marah jika orang yang akan
dia marahi memberi senyuman manis.



sumber internet
Read more ...

Video Menarik | Selfie oh Selfie






Salah satu trend yang popular pada masa kini adalah Selfie. Tidak kira dimana pun, pelbagai aksi dan gambar yang menarik akan dirakamkan. Contohnya video di atas. Menarikkan!!! 

Psssttttt; jangan tiru aksi ini, bahaya...
Read more ...
Designed By VungTauZ.Com